Wednesday, 13 June 2012

Spaghetti Carbonara


sumber: uncle google

Ha…kalo korang nak tau ni la pasta kegemaran aku selain Spaghetti Meatballs…kalo nak makan Spaghetti Meatballs selalu aku cari kat Pizza Hut sebab aku rase kat situ je yang macam sedap kat tekak aku…Spaghetti Carbonara kegemaran aku ni lak aku selalu makan kat Harbour View, Sekinchan…xdela selalu sebenarnye…ayat propa je tu…huhuhu…tapi kat tekak aku carbonara kat situ memang sedap…senang cerita kalo korang nak try makan kat situ leh la pinjam tekak aku dulu…confirm sedap…hihihi…mengarut je… 

Tapi….
Dalam kesedapan rasanya ada kepahitan yang aku tanggung….chewah…ayat sastera la plak katenye…huhuhu…xla…sebenarnya tiap kali aku teringin nak makan benda alah ni mesti ade je benda yang jadi…

Ape yang jadi?

Ade sekali tu aku bagitau mr.hubby yang aku teringin nak makan carbonara ni…tapi dia xla terus belikan…lama gak la benda tu delay…tapi aku ok je…sebab bukan teringin stail orang mengidam so bertenang jela kan…satu ari tu dia bagitau dia balik malam…aku pun tunggu la dia balik…tunggu punya tunggu x sampai-sampai…

Nak dijadikan cerita aku tetido…kalo takat tido-tido ayam xpela kan…ni tido mati…ngah sedap dibuai mimpi tu tetibe aku tersedar dengar bunyi fon…dalam mamai-mamai tu aku dengar suara mr.hubby aku “hurm…kat depan umah ni” cam kena karen tu ha aku bangun…tengok enset ade 25 miskol…mampuih…apelagi cepat-cepat la aku bukak pintu…bape lama dia tunggu kat luar umah tu aku xtau…yang pasti mukanya memang masam time aku bukak pintu…takut + cuak sume ade wei…

Time die masuk tu die unjuk kat aku bungkusan spaghetti…rupanya dia lambat sebab singgah belikan benda alah tu (yang aku lak sedap tido kat umah…x guna punya bini) makin menggunung la rasa bersalah aku kan…dia masuk bilik terus mandi n tido…aku lak terkulat-kulat rasa bersalah…lastnye tengok dia tido aku pun join tido…hilang terus selera nak makan dek rasa bersalah…esok paginya baru aku makan… ape da…

Yang sekali tu plak aku berjaya makan dengan tenang kat tempatnya…x main bungkus-bungkus…bersungguh la time tu aku makan cam orang batak…huhuhu…malangnya… balik umah badan aku kene gegata… kalo takat sikit-sikit xpela…ni satu badan kot…nasib baik muka x kena…2 hari gak la menanggung gatalnya x ilang-ilang…punca kena aku xtau…ntah elergik ke ape ke aku memang x tau…hurm…memang malang…

Dan yang terbaru malam semalam…ntah kat mana silapnya aku xtau…yang pasti disebabkan Spaghetti Carbonara kegemaran aku ni aku 2 laki bini bermasam muka semalaman…hurm…tapi aku akui memang silap aku sebab punca asalnya aku balik keje lambat…so, sume plan pun bertukar…pas kitorang makan malam memang mr.hubby aku ade kuar belikan…n aku memang xtau dia nak belikan…tapi sebab dah terbelahak makan nasik sepinggan berjubung plus kecewa ngan plan nak makan kat luar yang x jadi, aku x makan pun spaghetti tu…sian mr.hubby aku kan…sekali lagi aku jadi bini x guna…hurm…

Oleh kerana jerek ngan insiden-insiden yang terjadi…hari ini dengan rasminya aku akan mengeluarkan Spaghetti Carbonara dari senarai makanan kegemaran aku…hari ini dan saat ini aku dengan rasminya menolak Spaghetti Carbonara sebagai kesukaan aku…keputusan drastik penyingkiran Spaghetti Carbonara dari hidup aku ni terpaksa aku buat bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini dari terus berlaku…biarlah tekak aku menderita asalkan aku tak terus menyakiti insan kesayangan aku lagi…:-(

*unjuk – bagi
*berjubung – penuh/menimbun
*jerek – serik

p/s: abg, syg mintak maaf eh…syg x mintak-mintak lagi dah pasni…luv u so much…

3 comments:

  1. nampaknya Spaghetti Carbonara mmg benar2 mencabar kehidupan rumah tangga awak.. haha.. nak teruskan makan tak salahh, mgkin sblum ni situasi n masa yg x kena kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tu la...mencabar tol...tapi idak la salah spaghetti ni pun...biasa la suami isteri gaduh-gaduh manja katenye...huhuhu...

      Apepun tq bace coretan yang ntah pape ni n tq sudi follow...

      Delete
  2. hal kecik je.. tgh free ni sedap la blogwalking n folo mengfolo.. <3

    ReplyDelete