Hah…kalo
selalu aku terlewat sehari dua post cerita kali ni bukan sehari, bukan dua hari,
bukan seminggu tapi sebulan lebih kot…hahaha… korang tengok la betapa ‘berkaliber’
nye aku…huhuhu…
Tapi kali ni
aku memang sengaja hokey… nak cerita pasal Melaka mesti la kene tunggu jadi
sejarah dulu… kan Bandaraya Bersejarah tu…huhuhu…
Bulan lepas aku
ade family trip pegi Melaka…
Kajang Pak
Malau kajang berlipat,
Kajang hamba
mengkuang layu,
Dagang Pak
Malau dagang bertempat,
Dagang hamba
terbuang lalu.
Huh! Dengar
nama Melaka terus berpantun bagai… x kene lak tu pantun nye…huhuhu…
Takde la
lame mane pun peginye… 4D3N jer… tu yang x abes jalan tu… lain kali kene datang
lagi ni…hihihi…
Hajat utama
hamba datang ke Melaka adalah untuk berubat di Klebang… bukan untuk hamba… tapi
untuk biras hamba… chewah… ber’hamba’ bagai la plak…rasa macam di zaman Tun
Teja pulak dah…hehehe…
Sebenarnya
xde sebarang perancangan pun nakgi… aku pegi pun cam terkejut-kejut… mane
taknye petang Jumaat yang tenang terus berubah jadi kelam kabut bile tetibe my
MIL tepon ajak pegi… aku yang tengah berlengah-lengah kat ofis apelagi
berdezup la balik siap… ingat dah kulir
dah nak ikut time tu… tapi ntah macam mane termakan pujuk rayu kot terpegi la
plak…huhuhu…
Aku rasa
xpayah la kot aku cerita panjang-panjang… nanti korang boring… biarlah
gambar-gambar ini yang menceritakan segalanya…
Menara Taming Sari
Pandangan sekitar Bandaraya Melaka dari dalam menara
Sudah selamat turun
Masing-masing berkepit bile dah gayat
Tggu turn naik Melaka River Cruise lak
Bot baru nak jalan ni
Menyusuri Sungai Melaka
aik?xkan kene buru paparazi kot?
Menyempat meronda naik beca malam2
Dua-dua family ade time ni...family aku dtg lmbat sehari
Main layang2 kat Pantai Klebang
Haih?menurun 1 Malaysia ke ni?
Sejujurnya,
aku memang suka pegi Melaka… aku pun xtau nape… tapi bagi aku, Melaka ni
sangat-sangat sesuai tuk percutian keluarga… semua ada kat sini… yang penting
setiap tempat penuh dengan sejarah… sape kita tanpa sejarah, kan?
Dan sepadan
dengan ‘Bandaraya Bersejarah’ di hujung namanya, aku punya sejarah tersendiri
di negeri ini… ape kisahnya? Next time aku cite eh…tunggu…
*kulir -
malas













No comments:
Post a Comment