Sunday 27 May 2012

Mengidam Oh Mengidam


Kata orang, mengidam ni payah…macam-macam karenahnya…selagi x dapat selagi tu la teringat-ingat…kalo yang diidamkan tu senang dapat xpela jugak…dibuatnya cam aku ni sekali mengidam nak nye Toyota Vios…makannya lak hari-hari nak lauk Ikan Kelah…mau x botak kepala mr.hubby aku tu mencarikan…x dapat nangis hentak-hentak kaki cam my sis mase kecik-kecik…huhuhu(psst…ce teka my sis yang mana nangis cam gitu?)

Haaa…suspen le tu korang tu bace tajuk n entry aku…ingat aku ngah mengidam le tu…hahaha…xdela…aku still makan tuk sorang hokey…kalo makan berdua pun sebab aku suka menyibuk makan kat mr.hubby aku…pastu mula la dia wat ayat cam gini “eee…tengok…kan x cukup dah” pastu terus bangun tambah nasik…hihihi…alasan nak tambah le tu…

Sebenarnya yang mengidam Nadia – adik Iceman (waiter kat tempat keje aku)…dah lama katanya cari x dapat-dapat…seluruh pelosok kampong sudah dijejaki namun masih tidak ketemu…chewah…korang nak tau dia mengidam ape?ni ha…

Pelam Telur

Pelam Telur je pun…tapi kalo dah namanya mengidam cam dah pupus gamaknya buah tu…time xnak bersepah-sepah je kot kat peranggan

So, aku yang konon-kononnya cam prihatin ni try la tanyakan kat my MIL…dipendekkan cerite petang tadi pas balik dari pasar my MIL ajak singgah umah makcik aku kat Sungai Leman sebab kat situ ada pokok pelam telur katanya… jenguk punye jenguk…


Alhamdulillah…dapat la sebijik…


 Huhuhu…xla…ada la dapat setangkai…banyak yang kecik-kecik lagi…jadi la kot daripada xde kan…asal dapat merasa katanye…xdela meleleh air liur anak karang…huhuhu…

Mudah-mudahan bila masanya sudah tiba nanti rezeki mengidam aku dipermudahkan Allah…jangan la nak nya aku mintak yang bagai-bagai cam yang aku sebut dalam entry tu…hehehe…

*peranggan - batas

Wednesday 23 May 2012

Ku Mohon


Duhai Penciptaku,
Saat aku tertanya-tanya makna kasih
Kau temukan aku dengan dia
Saat aku tertanya-tanya makna sayang
Kau jentik hatiku mengenal dia
Saat aku tertanya-tanya makna cinta
Kau hadirkan dia sebagai jawapan
Apa maksud sebenarMu, Ya Allah?

Duhai Penciptaku,
Di kala hatiku kekosongan
Dia kau kirimkan sebagai peneman
Di kala jiwaku kesunyian
Dia kau kirimkan sebagai penenang
Apa perancangan sebenarMu, Ya Rabbi?

Duhai Penciptaku,
Tika pasrahku dalam istikharah
Kau buai wajahnya dalam lenaku
Tika khusyukku dalam doa
Kau lembutkan lidahku menyebut namanya
Tika dia tercari-cari tulang rusuk kirinya
Kau hadirkan aku sebagai pelengkapnya
Siapa dia padaku, Ya A’lim?

Duhai Penciptaku,
Andai pertemuan  ini adalah takdirMu
Jadikan ia suratan terindah dalam hidupku
Andai perkenalan ini adalah ketentuanMu
Jadikan ia syarat bahagia buat diriku
Andai pertalian ini adalah ketetapanMu
Jadikan ia rahmat terulung untukku

Duhai Penciptaku,
Ku mohon kepadaMu
Setiakan hatiku mendakap hatinya
Teguhkan langkahku mengiringi perjalanannya
Cekalkan diriku menjadi pendampingnya
Pimpin jiwaku patuh kepadanya

Duhai Penciptaku,
Lindungi cintaku ini dalam redhaMu
Pelihara sayangku ini dalam berkatMu
Agar aku bisa bersama dengannya
Agar aku bisa berkasih dengannya
Hingga ke syurgaMu
Amin...

Friday 18 May 2012

Cikgu Tak Bertauliah


Soalan aku tuk arini…korang ade pernah bercita-cita jadi cikgu x?
Ok la…kalo x bercita-cita pun tercita-cita pun jadila…‘ber’ n ‘ter’ tu kan berlainan bunyi n maksud…aik? apesal aku tanye soalan ni ek?ala…saje je…suka-suka…baru pas sambut hari guru kan…huhuhu…

Sebenarnya aku nak cite pengalaman aku jadi guru ganti bahasa melayu pas SPM dulu…ala…bukan lama pun…4 ari je kot…tu pun sibuk nak cite…hihihi…tapi kire ok la kan…sempat gak la merasa dipanggil ‘cikgu’…huhuhu…time tu aku kene ajar budak eh murid darjah 4...boleh tahan nakal-nakal gak la murid-muridnya…hari 1st masuk cam ok la kan…aku pun cam ala-ala baik je…cikgu baru katanye…masuk hari ke-2 dah mula tunjuk taring dah masing-masing…aku ok lagi la…layankan je…hari ke-3 aku dok mengajar kat depan diorang main kat belakang…aku pun ngan ala-ala cikgu garangnya datang la kat diorang…ikuti perbualan aku n bekas murid-murid aku tu…

Cikgu     : Kamu ni saya mengajar kat depan kamu sibuk main kat belakang..kamu nak jadi apa dah besar nanti?
Murid 1 : Saya nak jadi peragut, cikgu. (Dalam hati aku celaka betol jawapan budak ni)
Cikgu    : Dia nak jadi peragut, kamu nak jadi ape pulak?(aku tanya budak lagi sorang)
Murid 2 : Saya nak racing motor, cikgu.
Cikgu    : Nak race motor pun kene la belajar betol-betol…kalau asyik main macam mana nak jadi pelumba yang berjaya. (macam gud-gud je kan aku cakap…huhuhu)
Murid 2 : Tak, cikgu. Saya nak yang lumba haram tu…
Murid 1 : A’ah, cikgu…semalam dia bawak motor tercabur dalam parit.

Hahaha…bile aku ingat-ingat balik kisah tu memang aku gelak…beraninye budak zaman sekarang jawab macam tu kat cikgu kan…hari last aku mengajar aku x cakap banyak…aku masuk kelas aku tulis penuh satu white board pastu aku cakap kat murid-murid aku tu “saya nak saya siap tulis kamu siap salin…hantar pada saya sebelum habis kelas” terkebil-kebil la budak-budak tu menyalin sikit punye panjang…yang degil aku denda berdiri pegang telinga…huhuhu…memang senyap la kelas aku aritu…sampai cikgu yang masuk kelas tu pas aku kuar naik pelik…masuk bilik guru dia tanya aku apa aku buat…aku gelak jela…hehehe…

Ada gak pernah tercita-cita nak jadi cikgu…tapi kelulusan aku x melayakkan lagi…kalo korang perasan post yang lepas berderet-deret nama kaum kerabat aku, aku wish selamat hari guru…family aku memang ramai yang jadi pendidik…aku je xde peluang…

Tapi xpe…dalam blog aku ni tanpa perlu pantauan dari mana-mana Guru Besar aku nak lantik diri aku jadi cikgu korang…ajar apa?kalo aku ajar bahasa ok x?bukan bahasa melayu…bahasa inggeris lagi la xkan…tapi bahasa banjar…hahaha…ok kot…camne aku nak ajar?bukan susah pun…tiap perkataan yang aku condongkan (italic) adalah perkataan banjar…kire aku bagi ngan contoh ayat sekali la tu…maksud perkataan ada kat kaki tiap post…so korang kene alert la…huhuhu…study smart k…ok la…len kali aku cerite lagi…daaa~

*tercabur – termasuk/terjunam

Wednesday 16 May 2012

Terima Kasih Cikgu


 
Pagi tadi otw g keje cam biasa la aku layan celoteh trio sinar pagi…n pagi tadi ceritanya pasal cikgu yang paling diingati…sempena hari guru kan…dah tentu la pasal cikgu…

Sape eh cikgu yang paling kita ingat?kire cikgu yang dikenang sepanjang zaman la…

Bile difikir-fikir…direnung-renung…jarang kita nak ingat cikgu kita masa kita darjah 1 kan…padahal cikgu tu la yang bertungkus-lumus ajar kita kenal huruf…cikgu tu jugak la yang mula-mula sekali bagitau kita A=Ayam, B=Bola, C=Cacing…cakap la sekolah mana pun syllabus nye tetap sama…


Cikgu yang paling aku ingat?dah tentu la cikgu yang paling garang….huhuhu…tapi kalo try tanye kat mr.hubby aku tu jawapan die mungkin cikgu yang paling cun kot….hihihi…

Jap aku try senaraikan cikgu n cikgi yang paling aku ingat dengan sebab2 nya sekali…jeng…jeng…jeng…

1.       Cikgu Hamidin – Cikgu maths paling garang rasanya…salah jawab soalan or x siap keje sekolah dia suh bangun angkat sebelah kaki pastu dia tumbuk peha kita ngan tangan dia yang besar gabak tu…sakit wooo…2 ari pun x tentu ilang sakitnya….tapi sebab dia la kot sampai sekarang aku terer maths...huhuhu...perasan terer la plak...

2.       Cikgu Haron – Ni pun cikgu paling garang…ajar aku BM…salah cket memang mendapat la…sampaikan salah ikat tali kat kertas jawapan exam pun kene pumping…

3.       Mr. Balan – Cikgu BI aku…baik…aku ingat dia sebab aku pernah bagi bubur jagung kat dia n dia balas balik pemberian aku tu ngan buah epal…beria aku nangis time cikgu ni pindah…huhuhu…sebab dia pindah la kot aku x terer cakap omputih sampai sekarang...hehehe...

4.       Cikgu Zamzam Clivon – Cikgu praktikal…x ajar aku pun…tapi dia kutuk aku time aku kalah lawan pingpong…sedih gler…dah la kalah…kene kutuk lak…

5.       Ustazah Rasidah – Ustazah B.A.Komunikasi  time aku form 3…merangkap warden asrama…dia pernah cakap kat aku n geng-geng aku camni ‘kalau macam ni la perangai kamu x tau la saya macam mana keputusan PMR kamu nanti’ ala…kitorang xdela jahat mana pun…nakal cket je…huhuhu…tapi mungkin disebabkan tercabar dengan ayat tu la aku pulun PMR betol2…

6.       Umi Habibah – Warden aku kat SMKA…aku ingat dia sebab dia ingat nama aku walaupun aku budak baru sekolah tu time tu…huhuhu…lagi 1 sebab dia pernah paksa aku g klinik time aku batuk teruk…padahal aku paling benci g klinik…

7.       En.Kirun, Pn. Siti Zauyah, Pn. Aslinazati, Pn. Aini, Miz Fazelah, Pn. Safinah – Lecturer paling sporting ngan aku n group aku kat PSIS…
 

Ramai lagi sebenarnya yang aku still ingat…xkan la boleh lupa cikgu sendiri kan…tapi kalo aku senaraikan semua berpinar lak karang mata korang bace…huhuhu…wokey la…aku stop crite aku kali ni dengan ucapan....

SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu aku kat SK Seri Bahagia, SRA Parit 9, SAMT Batu 38, SMKA Simpang 5 & PSIS…opsss..tertinggal lak UiTM Shah Alam
Selamat Maju Jaya…I Luv uolls…
 
P/S: Tuk my lovely mom - Saadiah Mohd Said, sepupu-sepupu ku - Zetty, Cimah & Fadir, Kak Long & Abg Long, Abg Nijam, Abg Apot & Kak Zai, cucu-cucu ayah n acik wahab, Bibik@Cikgu Fatimah n semua la...SELAMAT HARI GURU...

Tuesday 15 May 2012

Welcome to the world - Zikrie Zidane


Alhamdulillah…Tanggal 10 Mei 2012 lahir lagi sorang umat Nabi Muhammad - penyambung zuriat buat Aki & Aida… Congrats to both of you…adat anak sulung…ada yang terawal...ada yang terlebih-lebih hari…macam Aida aku rasa dia antara ibu yang paling bertuah dalam dunia ni…anaknya excited lahir awal 12 hari dari due semata-mata nak berkongsi tarikh lahir dengan dia…Subhanallah…satu pengalaman yang cukup indah bagi dia…menerima hadiah yang tiada tertanding nilainya daripada Allah S.W.T di hari lahirnya…sekaligus menyambut Hari Ibu buat pertama kalinya tahun ini...semoga dia menjadi pendidik yang terbaik dan terhebat buat anaknya ini dan anak-anaknya nanti…amin…

alololo...ketatnya muka...ce senyum cket...

Alamak…nape ayat aku dalam post ni cam skema je ek?tapi ok kot…aku pinjam jap la tagline sorang blogger ni ‘Skema itu HOT’ huhuhu…nah aku pulangkan balik…

Sebenarnya aku n mr.hubby baru malam kelmarin dapat menyempatkan diri menjenguk baby baru sekaligus melawat ibu n ayah baru ni…almaklum la…kitorang ni 2 laki bini bz je memanjang…kononnya la… (mr.hubby aku tu sebenornye yang terover bz kalah menteri…aku wat2 bz je…hihihi) Tengok la…datang pun malam yang sempat…balik dari Shah Alam malam tu dengan x mandinya (tapi sempat sembur perfume hokey…) kitorang terus gerak g umah Aki…x jauh mane pun umahnya…kitorang g pun nek motor je…ala-ala romantik gitu nek motor malam-malam…takut gak sebenarnya lalu jalan kampung yang sunyi sepi tu malam-malam…takut kene cuit dok belakang…tapi dah kate nek motor kalo aku dok depan macam mane ke gayanye kan…huhuhu…

Kitorang datang jap je malam tu…yela…dah kata datang pun malam time orang nak rehat…xleh la nak borak panjang2 sangat kan…tapi sempat la aku tanya Aida pengalaman sepanjang mengandung n bersalin…tapi memang Zikrie Zidane ni anak yang baik la…dari dalam pewot lagi dia xnak bagi ibu dia susah…time nak keluar tengok dunia pun dia behave je…nanti la kalo sampai masanya baru aku berguru ngan Aida petua bagi senang bawak n lahirkan…sekarang ni cam awal lagi kot nak jadi Aida nye student…hehehe…

comey je dia tido kat tilam bear...
 
Ok la…cam dah terover je cakap kali ni…Aida pun dah tersedak-sedak kot kat umah tu aku asyik mention name dia je…better aku stop dulu la…mr.hubby pun dah kol pesan jangan balik lambat sangat…
Anyway, untuk kesekian kalinya aku nak ucapkan TAHNIAH buat Aki & Aida atas kelahiran Zikrie Zidane…semoga menjadi ibubapa yang dirahmati Allah dunia akhirat…
Khas buat Aida, Happy Birthday & Happy Mother Day

Tuesday 8 May 2012

Akhirnya

Akhirnya? Ape yang dah berakhir? Episod cinta? Drama sebabak? Ohhh...no no no....
Akhirnya aku dah ade blog sendiri....huhuhu...batak kan....orang len dah ber post2 wat blog...Fatin Liyana dah sampai dapat Social Media Awards  aku baru terhegeh-hegeh nak mule...tapi xpela...bak kate pepatah banjar 'better late than never' huhuhu...
Sebenarnya tuk 1st post ni aku x berniat nak cakap n merapu panjang2...ilham pun x bape nak datang lagi...yela wat pun cam terkejut2 sebab dah ter over jeles ngan officemate yang masing2 dah ade blog...sampaikan bos aku yang x bape nak celik IT (opsss...sowi bos...huhuhu) tu pun dah ade blog...mane leh tahan kan...so dengan berasaskan tahap kejelesan yang tinggi maka terhasil lah blog yang serba sederhana ni...chewah...cam merendah diri la plak...padahal dah memang rendah pun...hihihi...
Anyway...thanks to uolls yang sudi berkunjung ke blog aku ni...x kesah la sama ada uolls sengaja nak berkunjung ataupun tetibe dah terkunjung...or sama ada dalam keadaan uolls sedar ataupun ngah mamai2....thanks sume...kehadiran amat dialu-alukan....
Akhir kate..."Tingkatkan Prestasi Kurangkan Kontroversi" {^_^}